KUCHING, 16 Dis - Ketua Menteri, Tan Sri Abang Zohari Tun Openg bakal memberi manfaat setelah projek naiktaraf bekalan air bernilai RM45 juta kepada penduduk di kawasan Kampung Bangka Semong, Kampung Lubok Punggor, Lubok Buntin, Tanjung Sap dan Kampung Benat Hilir di Gedong, Bahagian Samarahan.
Beliau juga berkata pihak Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) telah diarahkan untuk membekalkan air terawat ke kampung-kampung di kawasan Samarahan, Simunjan termasuklah Gedong selepas beliau mendapati bahawa terdapat keadaan mendesak untuk keperluan air terawat di kawasan tersebut.
“Pihak JBALB menggunakan tangki air aras tinggi kerana tekanan air yang kuat diperlukan bagi menyalurkan bekalan air terawat dari Kuching ke kawasan Lubok Punggor,” jelasnya semasa merasmikan Majlis Pelancaran Air Luar Bandar Kampung Lubok Punggor di Gedong hari ini.
Sumber dari : Sarawakku